15,820 asnaf terima manfaat Program Kasih Prihatin-MAIWP

oleh 20,Okt,2021

KUALA LUMPUR – Seramai 15,820 penerima kategori asnaf menerima manfaat dari Program Kasih Prihatin-MAIWP hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang dijalankan sejak bulan lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebanyak 235 penerima daripada anak-anak Kelantan di perantauan yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Menurutnya, penerima juga telah menerima zakat daripada Bank Rakyat.

“Kasih Prihatin-MAIWP merupakan inisiatif bagi menunjukkan keprihatinan untuk mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Program ini dilaksanakan bagi menyahut seruan kerajaan dalam mendepani cabaran bersama-sama dan hidup sebagai Keluarga Malaysia yang membantu antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Majlis Pengagihan Bakul Kasih Prihatin-MAIWP di Surau Al-Syakirin, Jalan Keramat Wangsa di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, menurut Mustapa, program kebajikan itu dapat diperkasakan dengan penglibatan bersama pimpinan negara, agensi awam dan sokongan badan swasta.

Jelasnya, selaras dengan konsep kesaksamaan, pendekatan ‘polarity management’ perlu digunakan bagi memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza.

Disyorkan artikel ini:
200 keluarga PPR terjejas pendapatan terima sumbangan
Gangguan air: 13 kawasan di KL mula terima agihan bekalan
Kuala Lumpur capai imuniti kelompok: Annuar
“Saya melihat kerjasama ini dapat memastikan keberkesanan program dengan membuat pengagihan sumbangan berdasarkan teknik pencapaian objektif dan dipaparkan bagi rujukan semua pihak yang terlibat.

“Saya juga ingin berpesan kepada anak-anak di perantauan agar terus cekal, tabah dan berusaha dalam mendepani cabaran kehidupan terutama sewaktu pandemik,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, pemberian peruntukan kewangan telah digunakan dengan sebaiknya bagi menjalankan program pengagihan Bakul Kasih Prihatin-MAIWP di sekitar Kuala Lumpur bermula 16 September lalu.

Jelasnya, ia bakal memberi manfaat kepada 35,000 warga kota yang terkesan akibat wabak pandemik yang melanda pada masa kini.

Selain itu, kerjasama strategik juga dijalinkan bersama Pertubuhan Kasih Neelofa yang turut memberikan ‘foodbank’ kepada pengurusan Surau Al-Syakirin.

Sumber Dari:
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/167624/BERITA/15820-asnaf-terima-manfaat-Program-Kasih-Prihatin-MAIWP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

1 + 12 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
[email protected]

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa

Share This