2,000 penduduk PPR terima bakul makanan, duit zakat

oleh 07,Okt,2021

KUALA LUMPUR: Agensi awam, badan bukan kerajaan, organisasi korporat serta badan swasta disaran agar terus menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada golongan yang memerlukan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad menyatakan demikian supaya semua pihak mampu bersama-sama mencapai wawasan kemakmuran bersama sebagai rakyat Malaysia.

“Teruskan usaha, ikhlaskan hati, kuatkan semangat demi menunjukkan kekuatan kita kepada anak-anak yang sedang membesar dan terus kuat serta berdaya saing bagi mengecapi kehidupan yang lebih baik daripada hari semalam,” ujarnya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook beliau, semalam.

Petang semalam, beliau berkesempatan menyantuni penduduk setempat di PPR Pinggiran Bukit Jalil 2 bagi program Pengagihan Bakul Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Menurutnya, seramai 2,000 penerima sumbangan dengan nilai sumbangan RM200,000 untuk bakul makanan keperluan asas dan RM100,000 duit zakat.

Beliau berharap sumbangan tersebut mampu meringankan bebanan yang dialami mereka.

Majlis turut disertai Ketua Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang, Mohd Robin Basir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah PRIHATIN, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Pengerusi MAIWP, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Penasihat Ekonomi PRIHATIN, Datuk Abdul Malik Abdullah, Pemangku CEO MAIWP, Ustaz Mohd Nizam Yahya, Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Neelofa Mohd Noor dan Penasihat Agama II Pertubuhan Kasih Neelofa, PU Muhammad Harris Mohd Ismail Ris Ismail. – HARAKAHDAILY 7/10/2021

Sumber Dari :

https://harakahdaily.net/index.php/2021/10/07/2000-penduduk-ppr-terima-bakul-makanan-duit-zakat/

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

2 + 1 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
info@kasihneelofa.org

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa