Galeri

 

LAWATAN KERJA KE KOMPLEKS NASYRUL QURAN

Putrajaya, 6 Disember 2021: Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) telah mengadakan kunjungan ke Kompleks Nasyrul Quran (KNQ) di Presint 14, Putrajaya.

Puan Hajjah Noor Neelofa Mohd Noor selaku Pengerusi PKN hadir mengetuai delegasi PKN dan ketibaan beliau disambut oleh Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Datuk Abdul Latif Mirasa.

Lawatan bermula 11.00 pagi itu padat dengan perkongsian berkaitan perkembangan pesat KNQ sehingga diiktiraf sebagai kilang mencetak Al-Quran kedua terbesar di dunia. Selain itu, kami juga didedahkan dengan proses penghasilan naskah Al-Quran mereka yang sangat unik dan tersendiri.

Pelbagai koleksi Al-Quran diterbitkan dengan rekaan khas mengikut identiti dan budaya setiap negeri diseluruh Malaysia juga beberapa negara luar yang sangat indah dan mengagumkan. Terkesima dengan hasil kerja anak-anak tempatan sepenuhnya yang bertatahkan daun emas di setiap helaian Al-Quran eksklusif keluaran KNQ yang antaranya bernilai sehingga RM35.000.

Program diakhiri dengan perbincangan kolaboratif akan datang di antara kedua-dua pihak.

 

Pertubuhan Kasih Neelofa telah memberi sumbangan Foodbox yang terdiri dari beras sumbangan dari Ustaz Mohd Ashraf Saurin dari Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran, telur, minyak masak, gula, susu pekat, sardin, teh dan biskut kepada Yayasan Orang Buta Malaysia untuk diagihkan kepada yang memerlukan.

Program: Kasih Merdeka 2021
Tarikh: 31 Ogos 2021

Sempena 64 tahun kemerdekaan Malaysia, Pertubuhan Kasih Neelofa mula menjalankan Program Kasih Merdeka pada 31 Ogos 2021.

Program Kasih Merdeka ini adalah program penyerahan sumbangan kepada beberapa rumah perlindungan dan rumah anak yatim.

Hari ini rumah yang menerima sumbangan untuk Program Kasih Merdeka ini adalah

Rumah Nur Sakinah, Shah Alam

 

Sumbangan kali ini berbentuk
🇲🇾makan tengahari & pencuci mulut daripada @officialmatrock & @gulanbutter
🇲🇾sanitizer gun
🇲🇾Sumbangan wang tunai

Yang berbezanya untuk program kali ini, selain membantu rumah-rumah perlindungan, kami juga menyokong perniagaan orang muda dengan memilih mereka sebagai pembekal makanan tengahari dan pencuci mulut.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja bersama Program Kasih Merdeka, antaranya:
Chocojer untuk snack @chochojerrviralhq
🇲🇾Naelofar untuk sumbangan tudung kepada guru & penjaga @naelofar

 

Dari pihak Pertubuhan Kasih Neelofa, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai yang sentiasa berinfaq melalui platform kami. Program-program sebegini dapat terus dijalankan adalah kerana infaq dan sokongan kalian yang tidak pernah putus.

Semoga kebaikan ini menjadi sebab keberkatan dan kemudahan urusan untuk kita semua.

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 64 buat Malaysia

 

Pertubuhan Kasih Neelofa telah memebri sumbangan Foodbox yang terdiri dari beras sumbangan dari Ustaz Mohd Ashraf Saurin dari Pondok Motivasi (Tahfiz) Hamlatul Quran, telur, minyak masak, gula, susu pekat, sardin, teh dan biskut kepada Yayasan Orang Buta Malaysia untuk diagihkan kepada yang memerlukan.