Infaq Pendidikan Bantu Murid Asnaf

oleh 26,Ogo,2021

Kuala Lumpur: Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) mengedarkan sebanyak 3,550 buku aktiviti sekolah rendah kepada murid di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini, menerusi Program Infak Pendidikan.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menjalankan aktiviti berkenaan dengan kerjasama Persatuan Wanita Sihat Kuala Lumpur.

Sukarelawan PKN, Dr Azuraida Shahadan berkata, program berkenaan dirancang sejak November tahun lalu dan kini baru dapat dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada murid yang terpaksa berada di rumah sempena PKP 2.0.

Menurutnya, objektif program itu adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memberikan pendidikan yang sama tara kepada semua pelajar.

“Kita tahu bahawa ramai pelajar dalam kalangan asnaf dan di kawasan pedalaman sukar mendapat akses pendidikan sepanjang PKP, jadi dengan adanya sumbangan buku aktiviti yang mengikut silibus Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini dapat membantu dan mengisi waktu mereka di rumah sepanjang PKP.

“Program ini juga mendapat tajaan utama sebuah syarikat penerbitan buku yang juga banyak terbabit dalam membantu kerja amal di Malaysia.

“Pengedaran sumbangan buku ini dibuat secara terus oleh sukarelawan yang menetap di kawasan berkenaan.

“Kita juga maklum akan prosedur operasi standard (SOP) dan PKP, kerana itu kita tidak mengadakan sebarang acara secara terbuka seperti sebelum ini,” katanya.

PKN adalah sebuah NGO yang dipengerusikan sendiri oleh selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa.

Selain Infaq Pendidikan, PKN juga aktif dalam menganjurkan Infaq Jumaat, Infaq Masjid dan Tabung Covid-19.

Individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan atau menyumbang boleh terus ke Facebook atau Instagram Kasih Neelofa. Disiarkan pada: Januari 24, 2021 @ 11:57am

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

4 + 10 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
[email protected]

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa

Share This