Infaq Van Jenazah
Infaq ini bertujuan mengumpul dana untuk digunakan membeli van jenazah bagi kegunaan pengurusan jenazah di masjid, surau-surau pendalaman dan madrasah diseluruh Malaysia.
MINIMUM DONATION AMOUNT: RM5
Infaq ini bertujuan mengumpul dana untuk digunakan membeli van jenazah bagi kegunaan pengurusan jenazah di masjid, surau-surau pendalaman dan madrasah diseluruh Malaysia.
Kos pengurusan setiap jenazah telah pun mencecah lebih dari RM1,000 seluruh negara. Antara kos besar di dalam pengurusan jenazah ini adalah kos pengangkutan. Oleh itu, Pertubuhan Kasih Neelofa mengambil inisiatif bagi bersama membantu (lebih dari 7000 Masjid seluruh negara) melalui tabung Infaq Van Jenazah ini. Ayuh kita sama-sama ringkan beban Masjid dan keluarga jenazah di dalam membantu menguruskan jenazah melalui Infaq Van Jenazah. Bayangkan, dengan infaq kita ini, berapa ribu keluarga kita mampu bantu meringankan kos pengurusan jenazah mereka. Pahala amal jariah kita juga akan melipat ganda kerana setiap pembelian van ini akan digunakan sekurang-kurangnya selama 15-20 tahun.