Infaq Bencana

Bantuan bencana ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam apabila berlakunya banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami dan sebagainya diseluruh Malaysia.

Sumbangan Minimum : RM5

Bantuan bencana ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana alam apabila berlakunya banjir, kebakaran, tanah runtuh, gempa bumi, tsunami dan sebagainya diseluruh Malaysia.

Dengan perubahan iklim dunia yang begitu drastik, kita menyaksikan berlaku bencana alam yang tidak dijangka-jangka seluruh negara. Dari hujan ribut, banjir kilat hinggalah tanah runtuh dapat dilihat berlaku merata-rata sejak 5 tahun lepas. Bukan sahaja di pantai timur, namun negeri di pantai barat juga terdedah kepada risiko tinggi terhadapa bencana-bencana ini. Ratusan ribu ahli keluarga terjejas dan ada di antara mereka yang terkorban sewaktu bencana alam ini. Sama-sama kita panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Malaysia selamat dari segala bencana. Juga semoga kita bersama-sama membantu mereka yang terkesan mahupun kecil atau besar. Rata-rata mangsa banjir kilat kehilangan 100% kelengkapan rumah dan mereka harus mula segalanya dari kosong. Ibarat kata, seolah-olah seperti sebuah pasangan baru yang baru sahaja berkahwin dan perlu membeli setiap keperluan termasuklah pakaian asasi.