Waqaf Al-Quran
RM200.00 / senaskhah
Waqaf Al-Quran ialah satu amalan saham akhirat untuk mendapat pahala yang berpanjangan kepada sesiapa yang membacanya. Perumpamaan (derma) orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai pula mengandungi beratus biji.
Bersempena pelancaran Al-Quran mushaf Pertubuhan Kasih Neelofa pada 21 Mac 2022, wakaf Quran ini bakal dihibahkan kepada institusi Islam di dalam negara seperti Masjid/Surau, Tahfiz/Madrasah, Rumah anak yatim dan lain-lain.
Bersempena pelancaran Al-Quran mushaf Pertubuhan Kasih Neelofa pada 21 Mac 2022, wakaf Quran ini bakal dihibahkan kepada institusi Islam di dalam negara seperti Masjid/Surau, Tahfiz/Madrasah, Rumah anak yatim dan lain-lain.
Al-Quran Kualiti Antarabangsa
Penggunaan Quran Wakaf cetakan di pengilang terbesar Asia Tenggara yang berkualiti tinggi, tahan lasak, sesuai untuk kegunaan pelajar di pusat pengajian.
Mushaf Istimewa ‘Kiswah’ Pertama Dunia
Rekabentuk yang memberi impak maksima iaitu Kiblat & Kitab kita. Rekabentuk ini merupakan antara yang pertama menggabungkan nilai ‘Kiswah’ di dalam mukabuku mushaf.
Menepati Spesifikasi
Al-Quran yang diwakafkan sudah pasti menepati spesifikasi khusus yang sesuai untuk memudahkan proses hafalan dan pembelajaran para pencinta ilmu.
Mendapat Kelulusan KDN
Al-Quran Mushaf Kasih Neelofa dipastikan untuk menepati piawaian dan mendapat kelulusan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk diagihkan kepada institusi Islam yang memerlukan.
Al-Quran Mega Saiz A3
Saiz nya yang besar bakal memudahkan para pembaca dan akan mendorong rasa keinginan untuk meluangkan ‘lebih’ masa bersama Kalamullah. Jika ianya dibuka, saiznya akan menjadi ‘A2’
Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (Di Jalan Allah) sebahagian daripada rezeki yang telah kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaar. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim.
-Surah Al-Baqarah, Ayat 254-