Misi hantar vaksin CanSino, petugas ke pedalaman Kelantan bermula

oleh 20,Sep,2021

GUA MUSANG: Dua helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digunakan untuk menghantar petugas bersama vaksin jenis CanSino keenam pos penempatan Orang Asli di pedalaman negeri ini bermula hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Udara JBPM, Penguasa Kanan Bomba I Roslan Aziz berkata, penghantaran selama empat hari berturut-turut itu dibuat membabitkan helikopter jenis Agusta 109E dan Mi-17 dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM Subang, Selangor

Katanya, enam pos tersebut ialah Pos Hau, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Balar, Pos Simpor serta Pos Gob dan secara keseluruhannya membabitkan 15 kampung.

“Keadaan cuaca dan masa adalah cabaran bagi petugas yang membawa vaksin dos tunggal jenis CanSino.

“Kita perlu memastikan kualiti vaksin yang kita hantar tidak terjejas dan selamat agar mencapai objektif pihak Jabatan Kesihatan. Sebarang kelewatan atau kesilapan ketika menghantar vaksin  ini boleh merugikan kerajaan dan rakyat,” katanya ketika ditemui di Pusat Sivik di sini hari ini.

Sementara itu, Penyelaras Pasukan Bergerak Orang Asli negeri, Dr. Farah Munirah Mior Mazlan berkata, pihaknya mensasarkan 2,000 dos vaksin CanSino dapat diberikan kepada penduduk Orang Asli di 15 kampung tersebut.

Katanya, operasi hari ini bermula di tiga kampung yang terletak di Pos Hau.

“Jumlah populasi dewasa di enam pos pedalaman tersebut adalah 3,059 orang, tetapi yang setuju untuk divaksin dianggarkan 2,000 orang.

“Kita berharap masyarakat Orang Asli memberi kerjasama yang baik kerana telah berlaku penularan wabak Covid-19 di kampung mereka dengan sembilan kematian dicatatkan setakat ini,” katanya. 

Selain  JBPM dan Jabatan Kesihatan negeri, pihak lain turut membantu ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan amal, Pertubuhan Kasih Neelofa yang memberi sumbangan berbentuk barangan makanan kepada penduduk.-UTUSAN ONLINE

sumber dari :

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

3 + 8 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
info@kasihneelofa.org

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa