Neelofa Ajak Orang Ramai Berinfaq

oleh 26,Ogo,2021

Kuala Lumpur: Dalam pada netizen terus mengecam tindakan selebriti Neelofa yang didakwa melakukan aktiviti rentas negeri ke Pusat Perniagaan Nilai 3, Negeri Sembilan, bekas pengacara MeleTOP itu mengambil pendekatan berbeza.

Menerusi hantaran di Instagram, Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz memuat naik mengenai infaq yang dijalankan oleh Pertubuhan Kasih Neelofa.

“10 malam terakhir Ramadan, antara malam-malam yang digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadah. Tidak terkecuali amalan bersedekah.

“Justeru, molek (baik) kiranya jika ada antara anda yang berkemampuan, saya ingin mengajak anda semua untuk sama-sama berinfaq Iftar Box Pertubuhan Kasih Neelofa supaya kita sama-sama dapat membantu mereka yang memerlukan.

“Untuk pengetahuan, Iftar Box ini akan diagihkan secara berkala dan secara berterusan sepanjang Ramadan. Insya-Allah, sumbangan ikhlas anda bakal memberi sinar untuk mereka untuk minggu terakhir bulan yang mulia ini,” katanya.

Terdahulu, Neelofa dan suaminya didakwa merentas negeri apabila memuat naik video di Instagram Story yang menunjukkan dia berada di kedai karpet di Nilai 3 sebelum bertindak memadam video itu.

Namun, netizen sempat memuat turun video itu sehingga ia tular di laman sosial.

Malah, lelaki yang didakwa pemilik kedai berkenaan turut memuat naik status dan gambar swafoto di Facebook dengan mengucapkan terima kasih kepada pasangan itu kerana sudah membeli di kedainya.

Disiarkan pada: Mei 3, 2021 @ 4:33pm

Sumber Dari :

https://www.hmetro.com.my/rap/2021/05/701891/neelofa-ajak-orang-ramai-berinfaq

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

7 + 2 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
info@kasihneelofa.org

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa