Neelofa baik pulih 21 surau Kelantan – Sinar Harian

oleh 20,Okt,2021

BACHOK – Selebriti, Neelofa memperuntukkan kos keseluruhan sebanyak RM500,000 menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaik pulih 21 surau di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, Noor Razlina Noor Mohamed berkata, surau-surau terpilih adalah di daerah Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Beliau berkata, setiap surau diperuntukkan sebanyak RM15,000 hingga RM30,000 bergantung kepada kerosakan dan kos yang diperlukan untuk dibaiki.

“Peruntukan kerja-kerja membaiki surau rosak itu bertujuan memberi kemudahan kepada penduduk setempat untuk menunaikan ibadah di surau berdekatan tempat tinggal masing-masing.

“Surau yang hendak dibaik pulih ketika ini berada dalam keadaan daif, manakala surau akan dibina bagi yang sudah rosak 100 peratus,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok di sini pada Selasa.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat bagi membaiki Pondok Polis Pasar Jelawat yang rosak akibat dibakar seorang lelaki bermotosikal pada September lalu.

Hadir sama ialah Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin.

Sementara itu, Noor Razlina berkata, selain Kelantan, pihaknya turut membaik pulih surau di negeri-negeri lain termasuk Sabah.

“Kita juga menyampaikan sumbangan kepada petugas barisan hadapan seperti polis sebagai tanda penghargaan kerana banyak membantu masyarakat.

Sumber Dari :
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/166515/BERITA/Semasa/Neelofa-baik-pulih-21-surau-Kelantan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

8 + 15 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
[email protected]

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa

Share This