Neelofa Bantu 11 Keluarga Terjejas Insiden Letupan Kereta

oleh 25,Mei,2021

Terkesan dengan insiden letupan kereta di Kota Bharu sehingga mengakibatkan kediaman rosak, selebriti popular Neelofa tampil menghulurkan sumbangan wang tunai kepada 11 keluarga di flat Kampung Sireh.

Sumbangan tersebut disalurkan melalui Pertubuhan Kasih Neelofa. Menurut Neelofa, dia mendapat berita mengejutkan itu daripada saudaranya yang tinggal berdekatan lokasi kejadian.

“Letupan yang berlaku itu turut menyebabkan cermin masjid yang berdekatan pecah dan ketika kejadian terdapat empat mangsa lain yang terbabit.

“Terkesan dengan insiden yang berlaku ini, saya melalui Pertubuhan Kasih Neelofa segera merangka pelan bantuan kecemasan untuk disalurkan kepada mangsa yang terbabit bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Sumbangan itu disampaikan Pegawai Tugas-Tugas Khas badan pertubuhan berkenaan di Kota Bharu. Sementara itu, Neelofa berkata Pertubuhan Kasih Neelofa didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sejak Jun tahun lalu bertujuan bagi menjalankan kerja serta aktiviti kebajikan.

Terdahulu, seorang lelaki berusia 40-an maut selepas kereta Proton Iswara dipandunya meletup dipercayai mangsa merokok selain membawa mercun bola dalam kuantiti yang banyak.

Sumber dari : https://www.rotikaya.com/neelofa-bantu-11-keluarga-terjejas-insiden-letupan-kereta/

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

12 + 3 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
info@kasihneelofa.org

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa