Pertubuhan Kasih Neelofa bantu keluarga terkesan akibat letupan kereta

oleh 24,Mei,2021

Kota Bharu: Pertubuhan Kasih Neelofa menyumbangkan sejumlah wang tunai kepada 11 keluarga di flat Kampung Sireh, di sini, yang terkesan selepas kediaman mereka rosak susulan letupan sebuah kereta pada Jumaat lalu.

Pengerusinya Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia mendapat berita yang mengejutkan itu melalui kumpulan WhatsApp keluarga yang secara kebetulannya tragedi itu berlaku berhampiran dengan rumah saudaranya.

Katanya, berdasarkan gambar dan video yang diterima ia jelas menunjukkan keadaan yang berlaku agak teruk dan dalam masa sama, dia turut menghubungi imam masjid untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kerosakan yang berlaku.

“Letupan yang berlaku itu turut menyebabkan cermin masjid yang berdekatan pecah dan ketika kejadian terdapat empat mangsa lain yang terbabit.

“Terkesan dengan insiden yang berlaku ini, saya melalui Pertubuhan Kasih Neelofa segera merangka pelan bantuan kecemasan untuk disalurkan kepada mangsa yang terbabit bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahalu Pegawai Tugas-Tugas Khas Pertubuhan Kasih Neelofa di Kota Bharu, Nezalani Nawi menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga di flat Kampung Sireh yang terkesan akibat letupan berkenaan.

Mengulas lanjut, selebriti itu berkata, Pertubuhan Kasih Neelofa didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sejak Jun tahun lalu yang bertujuan bagi menjalankan kerja serta aktiviti kebajikan untuk kepentingan masyarakat.

“Secara umumnya, pertubuhan ini memfokuskan kepada semua lapisan dan golongan masyarakat, bagaimanapun tumpuan lebih diberikan kepada golongan asnaf, ibu tunggal, orang kurang upaya dan anak yatim piatu.

“Alhamdulillah, sehingga ke hari ini, kami sudah berjaya menyantuni ramai insan terpilih ini di seluruh negara bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Dalam masa sama, kami juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan badan bukan kerajaan (NGO) lain dalam usaha untuk menyantuni golongan tercicir ini sekali gus mendapat akses lebih luas yang selama ini mungkin diabaikan atau terlepas pandang,” katanya.

Sementara itu, penerima Norihen Aryatular, 42, berkata, selepas insiden letupan yang berlaku pada Jumaat lalu, Pertubuhan Kasih Neelofa adalah NGO pertama tampil membantu menghulurkan sumbangan.

“Saya berterima kasih atas sumbangan diberikan ini kerana ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban selain boleh digunakan untuk menggantikan cermin tingkap yang pecah,” katanya.

Sumber dari : Harian Metro

0 Komen

Hantar Komen

Langgani Berita Kasih Neelofa

15 + 7 =

Lokasi

Tingkat 2, 83b, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Wilayah Persekutuan

Hubungi Kami

(012) 200-2102
[email protected]

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. Salam dari kami di Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN). Kami adalah sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang terletak di bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Kami percaya bahawa kita dapat menjadikan dunia ini lebih indah untuk didiami bersama-sama.

Neelofa

Pengerusi, Pertubuhan Kasih Neelofa

Share This