Infaq Set Pengurusan Jenazah

Terdapat ramai antara kita yang terkesan dengan pendemik Covid 19 sehingga menyebabkan sumber kewangan terjejas. Lebih menyedihkan lagi ada diantara mereka yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengendalikan jenazah ahli keluarga mereka sendiri.

SUMBANGAN MINIMUM : RM5

Kini Pertubuhan Kasih Neelofa mengadakan satu tabung yang dipanggil Infaq Set Keperluan Jenazah bagi membantu mereka yang tidak mampu dalam menyediakan keperluan jenazah seperti :

  1. Keranda
  2. Kain pelekat
  3. Kain Putih Bidang
  4. Kapas
  5. Serbuk Cendana
  6. Kapur Barus
  7. Sarung Tangan Kain
  8. Putik Kapas
  9. Penutup Mulut
  10. Kain Kembang
  11. Baju
  12. Tali Ikat
  13. Kain Telekung (bagi wanita)

Marilah bersama dalam menyumbang sambil beramal kerana setiap amal jariah yang dilakukan akan dikira selagi pengguna itu masih menggunakan barang yang di infaqkan.