6 Oktober 2021- YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad hari ini turun padang menyerahkan Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP kepada asnaf di Projek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil.
Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP ini adalah merupakan salah satu usaha MAIWP menyantuni asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19. MAIWP telah menyalurkan RM3.5 Juta menerusi Yayasan Prihatin Nasional bagi pengagihan Bakul Kasih PRIHATIN-MAIWP ini.
Turut mengiringi YB Menteri pada program ini, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Dato’ Haji Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif , Yayasan Prihatin Nasional dan Encik Mohd Nizam bin Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Sumber Dari :

0 Komen